DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

Bapak siri 5 (Selalu menjadi orang pertama)

Bapak orang Johor,orang kata orang Johor berfikiran lebih jauh kehadapan,sebab mereka bersultankan Sultan yang moden,itu orang katalah bukan kata saya,atau mungkin juga mereka hampir dengan Singapura,mungkinlah.Tapi saya rasa bapak memang punya kreativiti dan IQ yang luar biasa.

Dalam kampong Bapaklah orang pertama membeli radio,sehingga ada yang tergamak mengecap Bapak nak ikut kafir. Tapi Bapak punya alasan sendiri. Bapak nak dengar berita. Pada awal mereka meneroka dan tinggal di kampong tersebut mereka telah tertinggal Hari raya. Pada 29 Ramadhon pagi itu penduduk kampong pergi keseberang Selangor kerana membeli-belah barang untuk hari raya,rupanya penduduk seberang telah menyambut hari raya,kerana anak bulan telah diistiharkan kelihatan.Maka merekapun pulang dan mengarahkan keluarganya berbuka puasa,tetapi ada yang meneruskan berpuasa dan menyambut hariraya pada keesokan harinya. Meraka tidak ada hubungan kumunikasi dari luar. Atas kesedaran itu Bapak membeli radio.Kakak selalu dengar Bapak buka saluran Indonesia. Bapak dengar suara Sukarno,mengajak rakyat Indonesia mengganyang Malaya,mengganyang Rahman dan kuncu-kuncunya cukup-cukup. Kadang Bapak buka saluran yang menggelar mereka suara Malaya,sebenarnya meraka adalah dari parti komunis Malaya,yang berpengkalan di Rupablik Cina, mereka fasih barbahasa melayu. Emak pula suka drama dalam Syair,lakonan Jahlilawati. Saluran radio Singapura. Dalam kampong Bapaklah orang pertama yang tahu semua kena perintah berkurung semasa peristwa 13 Mei sebab bapak dengar berita. Masa tu kakak darjah 2,Bapak kata tak payah sekolah,ada perintah berkurung.Sebab itu bapak awal awal sempat membeli barang keperluan seperti tepung,garam gula berguni. Penduduk kampung yang tidak bersedia datang meminta bantuan dari Bapak.

Bapak juga orang pertama membina rumah rendah,sebab Bapak orang Johor,rumah Bapak adalah rumah Johor,rumah orang lain tinggi-tinggi dan di bawah rumahnya di tambat kambing peliharaan.Tapi rumah bapak memang lain dari yang lain. Bapak juga orang pertama membina dapur atas tanah yang bersimen, orang kampong kata nanti masuk babi baru tahu.Tapi itu tak pernah berlaku pun pada ketika itu.Bapak orang pertama yang anaknya masuk asrama penuh iaitu abang masuk SMS Keluang dan 2 lagi masuk MRSM Kulim dan Balik Pulau. ,Orang pertama yang  anaknya ke luar Negara, iaitu ke Universiti of Leeds. Satu lagi fakta mengenai Bapak ialah anak perempuan bapak  kawin paling lambat berbanding anak orang lain yang seusia belasan tahun telah berumah tangga.

 Bapak memang berfikira lebih  jauh terkehadapan,berbanding penduduk kampong itu,tapi kampong tu sahajalah,bukan kampong lain.

Walaupun bapak tinggal jauh dipendalaman,apabila keluar ke pekan bapak pasti membelikan kakak dan abang bahan bacaan contohnya seperti Utusan Pelajar atau komik bambino atau bujal.

Al-Baqarah ayat 269:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

يُؤْتِى الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ الْأَلْبٰبِ

صدق الله العظيم

“Dia (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesiapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikir dan memahaminya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular