DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 11 Februari 2010

Bapak siri 8(Benih yang baik jatuh ke darat menjadi bukit,jatuh ke laut menjadi pulau)

Dulu,anak-anak tidak sedar kehebatan Bapak ,ingat semua Bapak orang lain macam itu. Kesepluh-sepuluh orang anak Bapak lahir di sambut oleh tangan Bapak sendiri. Bapak bukan ada ilmu bidan atau ilmu perubatan,tidak ada,tapi Bapak sangat pemalu, Bapak malu kalau maruah emak di lihat oleh orang lain. Bapak penuh tawakkal. 
Kakak anak kedua,jadi kelahiran abang kakak tak tahu hanya cerita dari emak bila abang dah lahir baru bapak panggil bidan. Masa kelahiran kakak dan aanak ketiga Ismail pastinya kakak tak tahu juga,hanya cerita dari emak,tetapi  untuk anak ke 4 iaitu Ramlan,kakak sudah ingat.Sebaik sahaja emak sudah menampakan tanda-tanda bersalin,Bapak akan jerang air,dan menyediakan tempat untuk emak. Sejak Kakak agak besar sedikit Bapak akan suruh Kakak jaga api jerangan air,bila mendidih panggil Bapak. Kakak tidak tahu itu semua untuk apa.Bapak juga suruh Kakak jaga adik-adik lain jauh-jauh bawah rumah. Kakak dengar emak mengerang-ngerang,Kakak hanya berpandangan dengan adik-adik. Tidak berapa lama terdengar tangisan bayi,emak senyap,lalu terdengar Bapak melaungkan azan.Kami tidak dibenarkan dekat... Rupa-rupanya bila adik lahir,Bapak terus lap badan adik dengan kain basah,lepastu Bapak selimutkan adik lalu diazankan. Bapak panggil Kakak dan adik-adik naik atas jaga emak.Bapak kayuh basikal memanggil bidan.setelah anak kelima baru bapak start motor lalu ke rumah bidan sebab ketika itu Bapak telah mempunyai motor Anak kelima Ramlah lahir waktu malam. Esok pagi baru dapat tengok adik. Anak ke 6 Najib lahir waktu sekolah,kakak darjah 2,balik sekolah sudah ada adik.

Bidan dipanggil untuk memotong tali pusat.Kecuali anak ke tujuh,emak sakit dari pagi,tapi sehingga petang adik masih tidak keluar,lalu Bapak panggil bidan,bukan hantar hospital,hospital tersangatlah jauh di Teluk Anson.Hampir Maghrib baru adik Hanif lahir,patutlah saiznya besar.Pada fikiran kakak jadi apalah adik ni bila besar nanti,rupa-rupanyanya bila besar adik ni jadi doktor.

Sepanjang emak berpantang,Bapak akan masak untuk anak-anak. Bapak tidak akan menghantar emak balik kampong sepanjang berpantang, tidak panggil pun embah atau makcik datang tolong,semua Bapak buat sendiri. Memasak membasuh,kemas rumah,mandikan bayi,sediakan air mandi emak, basuh darah emak,semua Bapak buat,Bapak hanya suruh Kakak tolong jaga adik-adik yang lain,atau angkat kain di jemuran,atau hidang makan kat adik-adik. Bila Kakak masuk asrama,emak lahirkan lagi anak ke 8 dan ke 9 Kamil iaitu Khanifah dan Kamil,kakak sudah tidak dapat tolong bapak, Ramlah pula gantikan kakak. Semasa kakak lepas SPM sebelum sambung belajar emak lahirkan lagi adik iaitu Sidik ,masa ini kakak sudah berumur 18 tahun,sudah menyedari akan keistimewaan bapak.Kakak sudah pun mengambil alih tugas-tugas Bapak namun tugas membasuh lampin dan persalinan emak Bapak buat sendiri,betul kakak tak pernah buat. Kakak hanya membasuh pakaian adik adik lain,memasak dan mengemas.Kakak sudah menyedari yang kakak juga akan menjadi sepert emak dan mula berangan angan untuk mendapat pasangan yang hebat macam bapak.

Sesungguhnya selama ini anak-anak ingat semua Bapak orang lain macam Bapak.Bila semakin dewasa anak-anak baru sedar Bapak sememangnya orang hebat.

,[SURAH AT TALAQ AYAT 7]

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

 

"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.

Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan."

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular