DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 20 Mac 2010

Review novel


Mengimbau nostalgia novel yang pernah mendapat perhatian daripada pembaca suatu ketika dahulu telah menggamit penerbit Alaf 21 untuk menerbitkan semula novel ini. Tersentuh hati ketika membacanya bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh sepasang suami isteri muda, Dali dan Tijah yang menjadi peneroka di sebuah daerah untuk meneruskan hidup semata-mata ingin memiliki geran sebidang tanah yang baru diteroka. Namun, satu kebakaran secara mendadak mengheret mereka ke dalam pancaroba hidup menyebabkan si suami terpenjara dan si isteri tersisih di desa bersama anak yang masih kecil. Dengan bahasa yang mudah, Zaharah Nawawi berusaha menjalin sebuah novel kehidupan rumah tangga yang mencabar. Beliau ternyata ingin meyakinkan kepada pembaca bahawa seseorang wanita tetap dapat menjadi ilham utama yang berkesan kepada lelaki. Dan, setiap cabaran hidup sebenarnya dapat cepat memperkaya dan mendewasakan lahir dan batin seseorang.


Alaf 21


Makbonda jumpa karya Zahrah Nawawi ini di kedai buku puduraya tahun 1982. Diterbitkan oleh Berita Publising tahun 1981. Telah dicerna dan dihadhamkan.Suka sebab jalan cerita semacam jalan cerita kehidupan Bapak dan Emak,walaupun terdapat beberapa perbezaan.

Jumpa lagi pada 2007 semasa Pesta Buku Kl tetapi diterbitkan semula oleh Alaf 21 dan ilustrasi kulit berubah. Makbonda cerna dan hadham sekali lagi tapi kali ini makbonda mahu kitar semula untuk dijadikan baja bagi menyuburkan pepohon baru..



Persamaan dan perbezaan dengan kesah bapak dan emak.

Persamaan
1. Kedua-dua pasangan adalah Peneroka tanah baru
2. Menjalani kehidupan dalam Susana belukar.
3. Sebelum tanaman utama mengeluarkan hasil,mereka menanam tanaman kontan dan hasilnya amat menyumbang kepada penghidupan mereka.
4. Kedua-dua pasangan ini telah terheret dalam pancaroba hidup. Kebun terbakar dan tanaman musnah.
5. Kedua-duanya bangkit dari musibah dan meneruskan penghidupan.

Perbezaan
1. Dali dan Tijah sepermaianan dan ada unsur cinta monyet,Bapak dan emak tidak.
2. Kawasan tanah mereka semata-mata jalan darat,Bapak dan Emak menyeberang sungai.
3. Dali meneroka sebab gagal melamar pekerjaan,Bapak menolak pekerjaan yang di tawarkan.
4. Dali kecewa menerima musibah dan pergi meninggalkan Tijah ke Singapura lalu terperangkap,Bapak bangun bersama-sama Emak dan meneruskan kehidupan tanpa meninggalkan Emak.
5. Tijah tinggal sendiri dan meneruskan kehidupan sehingga menjadi pembantu rumah,Emak masih sentiasa bersama-sama bapak dan tidak pernah menjadi pembantu rumah.



“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-'Alaq :1-5)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular