DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Isnin, 26 April 2010
JAGALAH TEPI KAIN ORANG……..
Kawan,
sila jagakan kain ku
kerana kadang koyaknya dibelakang,
aku tidak perasan,
dan terus terlena.
lalu aku mendapat keaiban.
Jagakanlah tepi kain ku,
tolong bagi tahu aku,
agar aku tidak mendapat malu
Jagakan kain ku kawan,
tolong jahitkan jika kau mahu,
atau tutupkan jika ia tersingkap,
atau tercalit najis.
Jangan sampai terserlah hijabku.
Jagakanlah tepi kain ku kawan.
Tapi bukan untuk kau ketawakan,
atau wawarkan di khalayak
kerana terburai segala kecacatanku.
Jagalah tepi kainku kawan,
jika ia tersangkut duri,
tolong leraikan,
jika tidak aku akan jatuh tersungkur,
di kawasan berduri dan berbatu.
Luka dan berdarah meninggalkan parut.
Kawanku,
dihadapan,dibelakang,di kiri dan kanan,
ayuh,pandanglah kain ku
Bersama-samalah jaga tepi kainku,
dan aku jaga tepi kainmu,
dan saling memberitahu
agar kita semua tertutup malu
agar kita tidak lena
disepanjang perjalanan yang sementara ini,
untuk bersama-sama
meraih bahagia di ALAM SANA.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat: 10).
“Bila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya (yang diminta) memberi nasihat”. (HR Bukhari)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian yang penuh bermanfaat. Semoga Allah Subhanahu Wataala, memberi sebaik-baik kebaikan kepada Puan di atas perkongsian ini, Insha Allah.
BalasPadamHamba Allah Subhanahu Wataala.
BalasPadamTidak mensyaratkan untuk mendoakan sesama saudara itu terbatas orang yang dia kenal sahajakan.walaubagaimanapun kalau kenal lebih lah rasa ukhuawahnya.terimakasih atas dorongan.