DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 26 Januari 2010

Sang Anjing dan Sang Bangau

Sang Anjing dan Sang Bangau bersahabat baik,setiap hari mereka berual di tepi sawah kepunyaan Pak Lang.Mereka saling menceritakan kesah pengalaman masing-masing. Anjing bangga kerana dia adalah seekor haiwan yang sangat pintar,dia punya keistimewaan deria yang tajam, Atas keistimewaannya itu dia sangat berguna kepada manusia,walaupu dia adalah haiwan mughaladhoh,manusia masih menggunakan untuk menyelesaikan banyak masaalah terutama kes-kes jenayah,tapi kadang terlupa ia yang keistimewaan itu adalah anugrah Allah yang menjadi pengantara untuk kemudahan makluk lainnya.Ada juga rakan-rakan dalam golongannya di belai oeh manusia sehingga mengeluarkan kos yang amat tinggi,melebihi kos pembiayaan sebuah asrama anak-anak yatim.Padahal golongan sejenis itu tidak memberi apa-apa sumbanganpun kepada alam,hanya untuk memuaskan hawa nafsu. Kepekaan deria anjing adakalanya boleh menghidu kehadhiran makhluk-makhluk ghaib,iaitu dengan mengeluarkan salakan yang panjang dan menyeramkan.Adakalanya bila kedengaran bunyi azan,anjing akan menyalak panjang kerana dia melihat syaitan dan iblis bertempiaran menjauhi laungan azan. Terdapat juga golongan sejenisnya yang di panggil anjing kurap,yang hidup liar membaham apa jua yang dikehendakinya,dan membuang najis merata-rata mencemarkan alam,tetapi tidaklah sampai menipiskan ozon.Adakalanya ganas sehingga menyerang dan melukakan manusia,tidaklah tahu apa yang menyebabkan dia bersikap demikian,kerana mengikut fitrahnya bukanlah manusia itu sumber makanannya. Seburuk manapun anjing sesiapa yang memberi makanan kepadanya adalah medapat pahala yang besar.

Sang bangau sangat kagum mendegar cerita anjing,sebanarnya sang bangaupun banyak keistemewaan dan pengalaman untuk dikesahkan.Sang bangau banyak mengetahui cerita alam,beliau sering terbang berhijarah kesana-kemari,melihat perilaku bermacam-macam mahluk di muka bumi.Bangau juga sering melihat gelagat anjing-anjing yang terkadang sangat menjolok mata dan memualkan,tapi biarlah demi menjaga hati rakannya simpan sahaja kisah-kisah itu dalam benaknya.

Pada hari itu Sang Anjing mengajak Sang bangau kerumahnya.sebanarnya itu bukanlah kali pertama Sang Bangau menerima ajakan,kali ini Sang bangau tidak dapat menolak ajakan tersebut demi menjaga sebuah persahabatan. Sesampainya dengan penuh mesra Sang anjing meraikannya dengan hidangan yang lazar-lazat di atas pinggan yang leper.

"Makanlah jangan malu-malu,sedap ni,kamu mesti tak pernah jumpa makanan sesedap ini" sambil mendengus-dengus menjilat hidangannya sehingga licin. Kasihan Sang Bangau,dengan paruh yang tajam bagaimana dia hendak menjamah hidangan tersebut. “Tidak mengapalah shabatku,sebenarnya aku ni ada penyakit resdung,tidak boleh makan makanan yang mengandungi belacan,terimakasih atas undangan kamu,jemputlah kerumahku pula esok petang ’

Keesok petangnya Sang bangau sebok menyediakan hidangan untuk Sang Anjing, hidangan yang sama tetapi di dalam bekas yang berlainan,satu di atas piring yang leper dan satu lagi di dalam bikar yang tinggi.Tetamu mesti di raikan,apa yang kita pernah rasakan jangan kita ulang pada orang lain pula.Setelah Sang Anjing tiba merekapun menjamah makanan bersama-sama,Sang anjing melihat cara makan sang bangau, barulah dia tersedar mengapa Bangau tidak menjamah makanan yang dihidangkan semalam.

Firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Khamis, 21 Januari 2010

Dialog-dialog yang dalam perjalan masa, dulu-dulu(2)

Shabuur:Nanti perjalanan balik lalu KL singgah rumah Bahadur ye,lama tak jumpa adik abang tu,nak harap dia balik kampong alamat tak jumapalah kami.

Fitrah:Alah…tak naklah singgah rumah dia,isterinya macam tak sukaje kita datang.

Shabuur:Buruk sangka tu,mana tau dia tak suka?

Ftrah:Habis tu masam je,kadang tu cakap memerli je.

Shabuur:Abang nak ziarah adik sendiri,kalau isterinya tak suka itu masaalah dia,abang selagi orang tu tak halau kita dengan penyapu kat pintu kira masih oklah tu,setakat masam,perli tak berbekas pun Nabi dulu siap dibaling lagi.

Fitrah:Iyelah tu,baiknya hati abang.

Shabuur:Jadikan iktibar,kalau ada tetamu datang jadikan tetamu tu serononk datang.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Selasa, 19 Januari 2010

Dialog-dialog yang dalam perjalan masa, dulu-dulu

Shabuur:Jom singgah Mesjid,Jama’Asar Zuhur.
Fitrah: Depan lagi boleh tak Bang,anak baru terlelep,nanti kalau berhenti dia jaga,tak cukup tidur bising aje.
Shabuuri:Owh macamtu ye.Agak-agak kalau rasa nak terberak boleh ke tunggu berenti depan lagi?
Fitrah:Mana boleh,nanti terkeluar isi,habis.
Shabuur:Cuba jadikan kerjakan Solat tu seperti rasa terberak,tak boleh tangguh-tangguh, jangan jadikan anak alas an untuk tangguh ibadat.
Fitrah:Yele tu,sorry.
Shabuur: Bukan Sorry pada saya ye....


الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhirnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

“Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi”. (Al-Munafiqun: 9).

Sabtu, 16 Januari 2010

Mencari dan terus mencari........................

Semestinya setiap doa kita akan meminta Allah melimpahka kita taufik dan hidayah,,dan Allah memang tidak akan lupa kepada hambanya,dan setiasa pemberi,kita tidak minta pun di beri apa lagi kalau kita minta.Hidayah adalah kerja Allah,tetapi turunnya akan ada musababnya.Banyak perkara yang menginsafkan,mentarbiah,menyedarkan Makbonda adalah dengan melihat perlakuan orang lain. Contohya dulu Makbonda agar berat tulang terutama semasa kanak-akan atau awal remaja. Semasa Makbonda menunggu SPM.Makbonda tinggal di rumah Makcik yang mempunyai pembantu rumah,yang sebaya umur,sekoah hanya darjah 3,tercicir arena ibubapa berpisah,kadang tinggal bersama bapa kadang dengan ibu,makcik mengambilnya bekerja seusia 14tahun,dan dilayan sebagai anggota keluarga. Oleh kerana sedar diri kita menumpang jadi Makbondapun melibatkan diri dengan tugas-tugasnya.Makbonda kagum,seusia dengan Makbonda,namun banyak betul kerja-kerja yang dia boleh lakukan berbanding Makbonda,kecilnya rasa diri ini, selama ni Makbonda tinggal di asarama,walaupun semasa cuti ada juga membuat kerja rumah tapi taklah sebaik dia dan kebanyakan tunggu emak arah baru buat kerja.Sejak itu Makbonda menjadi orang baru.

Zaman perseoklahan Makbonda bersekolah sekular, belum ada syiar pakain menutup aurat, kecuali sekolah agama,pakaiannya ialah miniskirt,sehinggalah sekolah menengah,lelaki memakai seluar pendek. Malunya Makbonda mengingati zaman itu,semuanya dianggap biasa sahaja, sehingga Makbonda tingkatan 4,ada sedikit angin perubahan 1976 ketika itu,pelajar sekolah menengah mulai baeransur menukarkan unifomnya.

Setelah Makbonda masuk kolej pakaian bersopan hanyalah tudung berbentuk skarf, walaupun begitu ada beberapa pelajar yang berpakaian mini telekung, pensyarah yang balik dar Mesir pun hanya memakai skarf. Selepas itu beransur-ansurlah mini telekung menggantikan skarf. Makbonda ada geng,serama 8 orang,3 antaranya tidak bertudung,mereka adalah bekas pelajar setiausaha dari ITM,yang mementingkan imej diri. Mabonda tidak pernah menasihatkannya meraka agar mengubah cara berpakaian yang mampu hanya berdoa dan jaga akhlak sendiri,mereka sendiri yang datang berdamping dengan Makbonda,akhirnya mereka beransur-ansur berubah bila bergaul dengan Makbonda.

Dakwah bil hal (dakwah dengan menunjukkan contoh yang baik) itu lebih memberi kesan positif kepada sasaran dakwah, berbanding dakwah bil maqal.

Firman Allah yang bermaksud " Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.".

Khamis, 14 Januari 2010

Jangan Biarkan Hidup Anda Di Selubungi.......Misteri

Mak Piah bukan seorang yang suka mistik-mistik atau benda-benda yang syirik,Mak Piah juga sudah di didik tidak ada pantang larang yang bukan-bukan dalam hidup,panduan hidup Mak Piah adalah Alquran dan Hadis.Mak Piah juga bersuamikan seorang yang berilmu,seorang mualim dan juga juga murabi.Mak Piah suami isteri bukanlah orang kaya,juga tidak mau di gelar miskin,mereka tidak banyak harta namun tidak mahu meminta-minta.Sebagai orang yang mualim Pak Melan sentiasa diperlukan oleh masyarakat setempat untuk menjadi murabbi,Jaranglah beliau berada dirumah.

Pada malam itu selepas masuk waktu Isya’,Mak Piah agak terasa sebal didada,Pak Melan setiap malam meninggalkannya dirumah.Mak Piah menanggung sendiri kelima-lima anaknya yang sedang di serang penyakit pelentong, ada yang sedang tenat,yang hampir sembuh dan yang baru bermula.Mak Piah sendiri sedang di serang ceret beret. Jiwa yang sedang resah bercampur baur menyebabkan Mak Piah agak lalai berzikir.Lupa Tuhan,lupa al Quran,yang ada dalam hati kesebalaan.Bila anak-anak dah tidur mak Piah berlari-lari ke tandas yang agak jauh lalu termenung di pinggir kali dengan segala rasa jiwa kacaunya.

Tiba-tiba Mak Piah rasa ada sesuatu yang menyapanya,

“Kamu ni sakit ye,dah tau sakit,kenapa tak pergi kelinik?”

Mak Piah menoleh kea rah suara,lembaga seperti Nenek Siah iaitu seorang bidan di kampungnya yang biasa membidannkanya semasa bersalin,tetapi berpakaian agak pelik seperti pakain misi.

“Sapa nak bawak,bapak budak-budak ni tak pernah ada kat rumah” Jawab Mak Piah sambil mengambil kesempatan mencurah rasa.

“Dah,kalau laki kamu tak sayang kamu jom ikut aku”

Tanpa berfikir panjang,Mak piah pun mengekori Nek Siah,tiba-tiba Mak Piah rasa Mak Piah sedang berada di satu jalan yang cantik berhias,dan amat asing tempat itu.Hati Mak Piah mula tertanya-tanya,mulalah Beliau teringat Tuhan,tiba-tiba Nenek Siah berkata;

“Hei kalau nak ikut ikut aje,jangan fakir-fikir,kalau tak nak balik” dan kedudukan Nek Siah agak menjauh.

Mereka terus berjalan-berjalan tidak berhent-henti,sambil memerhati keganjilan di sekelilng Mak Piah.Tiba-tiba Nek Siah berkata

“Kamu tunggu sini kejap,aku nak hantar anak patung ngan ubat ni kat rumah orang tu”

Mak Piah akur,Mak Piah teringat Tuhan lagi,dia membaca ayat-ayat Al Quran yang telah menjadi amalannya.Dia rasa Nak Siah menjadi jauh,sambil berteriak

“kalau nak ikut-ikut aje,jangan nak cakap buakan-bukan,kalau tak nak balik”

Begitulah beberapa kali,bila Mak Piah membaca sesuatu ayat Al Quran,Nek Siah menjadi jauh dan marah,bila berhenti membaca Nek Siah dekat kembali.Mak Piah mula perasaan atas keganjlan,lalu dia mencari kekuatan,di bacanya segala Surah 3 Qul,Ayat kursi dan sebagainya yag terlintas di memeoriya.Tiba-tiba Nek Siah berteriak “Sudahlah balik kamu,tak nak ikut sudah” dan tiba-tiba hilang dari pandangan. Dan apa yang Mak Piah lihat di sekitar tadi berubah sama sekali. Mak Piah dapati dia berada di sebuah parit dalam kebun di belakang rumahnya,entah berapa kali dia berulangalik di sekitar situ.

Mak Piah mengumpul kekuatan,dengan sisa-sisa kudrat yang masih ada setelah berhari-hari melayan kerenah anak-anak yang tidak sihat,dan tenaga yang telah susut akibat ceret beret,Mak Piah berusaha untuk naik ke daratan.Dengan bantuan kelipan cahaya dari lampu minyak tanah dirumah yang berjarak beberapa meter,Mak Piah menuju ke arah kali,lalu membersihkan tubuhnya yang bergelumang Lumpur,lalu dengan berkemban Mak Piah nak keatas rumah.Mak Piah menganggarkan selama 1 jam peristwa tadi berlaku.Pada ketika itu Pak Melan masih belum pulang,dan anak gadis yang ketika itu berumur 10 tahun tersedar dan sempat bertanya

“Mak Pergi mana? Tadi adik nangis,tapi kakak dah tidurkan”

“Esok pagi Mak cerita,dah sambung tidur”

Mak Piah terus menunaikan Solat Isya’ dan turus bersujud Syukur.

Esok pagi selepas serapan,Pak Melan telah keluar dengan berbagai urusan.

“Kakak,malam tadi mak pergi lama tak?”
“Lama,Mak pergi mana?Kakak takut jugak,adik nangis,dah bagi susu dia tidur balik”
“Cuba Kakak,Abu Hasan ngan Abu Amin pergi belakang rumah dalam parit yang Bapak cangkul hari tu,apa yang ada nanti Mak cerita”

Sambil berpandangan,tanpa suara hanya isyarat mata berlarilah ketiga anak kecil 10,8 dan 6 tahun itu ke tempat yang di maksudkan.Apa yang mereka dapati sepanjang beberapa meter dalam parit itu berlumpur dan berselut seperti telah dilalui berkali-kali oleh seseorang ,dan d bawah pokok rambutan di tepi parit itu terdapat seekor bangkai katak dan beberapa butir tahi kambing dalam tempurung.Mereka juga lihat ada kesan-kesan satu perjalanan menuju kekali.Tanpa berlengah mereka pun kembali ke rumah dan menceritakan apa yang dilhatnya.

Sambil meriba dua orang adik yang sedang demam,Umi Nadia dan abu Syarif,mak bercerita apa yang terjadi kepada dirinya malam tadi.Ketiga-tiga beradik itu semakin rapat menghimpit Mak Piah.Semuanya berpelukkan,sambil mak menyapu air yang minitis di kepala mereka.

“Semua orang jangan takut,itu kerja Iblis,malam tadi Mak lalai,mak marah,merajuk dan lambat Solat,tak nak bezikir,Mak lemah,Iblis suka kat Mak masa tu,nasib baik mak sedar,bila Mak berzikir dia dah tak nak kawan Mak lagi,di lepaskan mak balik”

“Bapak tau tak Mak?” “Tak, mak tak sempat cerita,nanti bapak balik mak cerita nak mintak maaf kat bapak”

Tengahari bila bapak balik,belum sempat Mak nak buka mulut,ketiga-tiga anak-anak tu dah berlari-lari hingga tak cukup mulut mereka bercerita.

Selepas Solat Zuhur,anak-anak membiarkan ibubapa mereka berdua-duan di atas rumah,kakak mengelek adik yang kecil Abu Syarif dan adik nombor dua kecil Umi Nadia bermain dengan abang-abang.Mereka tidak hirau butir perbualan kedua-dua ibubapa mereka.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

Abdullah bin Mas'ud r.a

“Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah AL Baqarah di awal siang nescaya dia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya tau hartanya.”
(Riwayat Al Darami dan Bihaqi)

Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang membaca 10 ayat, ayat-ayat surah AlBaqarah, ayat Qursi, 2 ayat selepas dan hujung surah Al Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi.”
(Riwayat Tabrani dan Hakim).

Menunjuk-nunjuk berbuat kebajikan tak semestinya riak tapi berdakwah juga…….betul ke?

Terusikkah Mazmumah kita jika

1. Tiba-tiaba orang yang lebih miskin dar kita membayarkan makanan yang kita order.
2. Tiba-tiba orang yang lebih miskin dari kita membawa buah tangan lebih besar nilanya dari buah tangan kita
3. Tiba-tiba tiba orang yang lebih miskin memberi anak kita sejumlah wang yang besar nilanya sebagai hadiah atau duit raya,
4. Tiba-tiba orang yang lebih miskin dari kita menyumbang sesuatu yang lebih besar nilanya dari sumbangan kita dalam menjayakan sesuatu majlis .
5. Tiba-tiba orang yang keretanya lebih kecil atau buruk dari kita tetapi sentiasa menumpangkan rakan,jiran atau orang lain berbanding dengan kereta kita yang lebih besar tapi tak pernah membawa orang lan dari keluarga sendiri.
6. Tiba-tiba rumah orang yang lebih buruk dari kita tetapi sentiasa menerima tetamu,dan tempat saudara mara berkumpul berbanding rumah kita yang cantik tapi hanya kelurga sendiri sahaja yang sudi .

Tidak mengapa,silalah menunjuk-nunjuk berbuat kebajikan di hadapan Makbonda,agar Makbonda terjaga dari lena.

Sesungguhnya kemampuan bersedekah itu bukan hanya kerana banyaknya harta yang ada tetapi juga kemampuan hati

Rabu, 13 Januari 2010

Shabuur siri 7

(Entry yang sepatutnya dipubliskan pada 9 Januari tempoh hari ini tidak dapat di publishkan pada tarikh yang di rancang,akibat daripada gangguan talian,walaubagaimanapun masih tidak mengganggu perjalanan cerita)


Setiap kali Fitrah mengucapkan selamat hari lahir padanya akan di jawab “Dah semakin dekat hari saya,terimakasih jadi isteri saya,maafkan segala yang melukakan,kalau saya yang jalan dulu tolong teruskan mendidik anak-anak jadi manusia,harap-harap kita jumpa kat sana nanti.”

Pada ketika Iman berada di kemuncak bermesralah mereka sambil berkata “Abang harap anak-anak mewarisi kebaikan mak dia, baik akhlaknya, pandai tadbir rumah tangga,jimat,tidak boros,zuhud, pandangan jauh, rajin menambah ilmu”

Fitrah pula akan membalas “Mana ada,saya ni emosional,kedekut,berat mulut,suka dendam,busuk hati,suka buruk sangka,tak pandai masak,tak pandai mengemas,tak pandai layan suami. Biarlah anak-anak ikut abahnya, peramah, murah hati, sabar, tenang, taksuka dendam,committed agama,baik sangka,melimpah sifat mahmudah”

Maka bedoalah mereka berdua “Ya Allah,jadikanlah apa yang baik dari kami sahaja yang turun kepada zuriat kami,janganlah kau turunkan apa yang tidak baik dari kami kepada zuriat kami.”

As Shabuur adalah antara nama Allah bermaksud Yang Maha Penyabar
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

fadhilat di bawah dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
Baca “Ya Shabuur!” 500 X selepas solat,Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

.
Makbonda tidak ada kawan atau saudara dekat bernama Shabuur,tapi watak Shabuur adalah watak suami Makbonda,yang akan menyambut hari lahirnya pada 9hb Januari.

Jumaat, 8 Januari 2010

Shabuur Siri 6

Dari setahun kesetahun Shabuur melayarkan bahtera,kadang tenang,kadang bergolek-golek,yang pastinya tidak pernah karam,segal kebocoran dan kebejatan ditampal di sana sini.Azam di hati biar anak-anak puas menerima kasih sayang sepanjang mendewasakan mereka.Anak-anak menjadikannya seperti sahabat tempat mencurah rasa kegembiraan dan kedukaan,agar zuriat yang di turunkan nanti tahu tanggungjawab menjadi hamba Tuhan.

Pada anak-anak selalu di ingatkan,berhati-hati memilih kawan, bersopan dalam pergaulan, cari ilmu dan pengalaman sebagai bekalan, hormati insan lain sebagai taulan , istiqamah dalam amalan,libatkan diri dalam perjuangan menyelematkan Islam, Zuhud dalam kehidupan,

Kini setelah mengharungi hidup selama 52tahun,dan 23tahun mengharungi alam rumahtangga,anak-anak telah membesar,adik-adik telah membena kelurga masing-masing,Setiap kali bertemu dan berpisah dengan adik-adik masih ayat yang sama diulang “Jaga solat,cari ilmu,didik anak-anak jadi manusia” kalau dulu ayat itu akan di jawab dengan “Taulah kitaorang,kita orang pun sekolah jugak,jangan anggap abang rajin sembahyang pasti masuk syurga,banyak lagi salah abang pada kita orang”, tapi kali ini dengan mata bertentangan dan jatuh ke lantai “Inyaallah bang” lalu berlaku pelukan yang ada esakan.

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104

Ahad, 3 Januari 2010

Kesah bersiri

Mulai hari ini Makbonda akan menulis sebuah kesah bersiri mengenai seorang Shabuur


Shabuur siri 1

Shabuur seorang lelaki.Seusia 12 tahun dia telah menjadi anak yatim bersama seorang kakak dan 8 oang adik,yang jarak umur mereka berdekatan.Shabuur tidak puas hidup bersama bapanya. Dalam sesusia 6 hingga 10 tahun dia dipinjamkan untuk menemani nenek sebelah bapanya, hidup membesar dan di asuh bersama pakcik-pakcik yang kaya dengan ilmu, kasih sayang dan kecukupan,walaubagaimana pun Shabuur masih rindu hendak bersama keluarga sendiri. Setelah berusia 10 tahun barulah dia kembali kepangkuan keluarga,walaupun hidup dalam kemiskinan, dia tidak merasa kekurangan kerana itulah yang di harap-harapkan selama ini..

Hidup bersama-sama adik-adik kandung yang besar jumlahnya,berebut makanan,bermain bersama mengembalikan hidup Shabuur ke fitrahnya. Sehingglah bapanya pulang ke alam abadi, Shabuur mulai memikul tanggjawab keluarga di pundaknya. Ibunya yang menjadi balu seusia muda melakukan apa jua kerja halal bagi meneruskan kehidupan anak-anak yang terus membesar.Makan, pakai dan bekalan hidup masa hadapan perlu di cari. Cabaran kerenah masyarakat sekeliling juga perlu di hadapi,dalam bermasyarakat tidak akan lengkap jika hanya ada insan-insan yang suka berkebajikan sahaja,gologan yang gemar menganiaya juga di tempatkan oleh Allah bagi membina kekauatan pada yang diuji,itulah yang perlu di hadapai Shabuur,ibu dan adik-adik yang lain.Semua situasi yang berlaku menjadikan jiwa mereka menjadi kental dan keras prinsip hidup dan patriotik sesama mereka.

Sampailah ketikanya Shabuur memasuki sekolah menengah. Jika terus tinggal bersama keluarga Shabuur terpaksa tinggal di asrama,sebab rumah Shabuur jauh maka Shabuur telah di ambil oleh nenek sebelah ibunya yang tingal bersama pakcik bungsu yang telah berkeluarga.Shabuur boleh ke sekolah dengan menaiki basikal sejauh 3 km.Situasi di rumah nenek Shabuur agak berlainan dengan nenek Shabuur sebelah bapa,Shabuur tidak dapat menyesuaikan diri,mereka selalu membuatkan Shabuur rasa menumpang dan terpinggir.Bebarapa bulan Shabuur bertahan menduduki tingkatan satu,Shabuur nekat untuk pulang ke pangkuan keluarga,Shabuur akan berhenti sekolah menengah dan masuk sekolah pondok yang tidak memerlukan biaya yang besar,sambil membantu ibu membesarkan adik-adik.Setelah 1tahun lebih Shabuur mengahrungi hidup yang sebegitu tiba-tiab pakcik Shabuur yang bertugas sebagai Ustaz di sekolah menengah,datang berkunjung dan memaksa Shabuur mengikutinya untuk di daftarkan semula ke sekolah dan terus masuk tingkatan 3.

Sabtu, 2 Januari 2010

Mengunjungi dan di kunjungi. Suka yang mana?

Suka di kunjungi?. Ya memang suka,apa lagi yang berkunjung itu adalah orang yang kita sayang dan rindui?

Masa kecil-kecil dulu paling Makbonda suka bila nenek atau pakcik-pakcik berkunjung,sebab apa? Selain mereka membawa buah tangan,hidangan yang Emak persembahkan akan menjadi luar dari biasa,apa lagi kalau nenek datang beberapa malam,selama itulah kita tumpang sekaki,kalau boleh nenek biarlah tinggal bersama kita,Ayah dan Emak akan berusaha mengadakn yang tiada,itu lah yang di atakan tetamu datang itu membawa rahmat.Sampai sekarang perasaan itu masih sama, bukan buah tangan yang Makbonda tapi kerahmatan.

Menyukakan hati tetamu itu wajib,sehingga kita wajib membatalkan pusa sunat kerana meraikan tetamu.Seisi rumah bertanggungjawab meraikan tetamu mengikut lunas dan akhlak.Terharunyanya hati Makbonda semasa menziarahi adinda,si naqid kecil berkata “Alah makngah tudurlah sini,kat situ ada bilik,ada tilam” “Alah nak balik ke?kenapa mangah datang rumah Ani kejap sangat?” “Alah Makngah dah lama sangat tak datang rumah Nuha,baru 60minit” Alangkah besarnya rahmat ibubapa anak-anak ini,keci lagi dah pandai menggembirakan hati tetamu. Tapi pernah Makbonda mengunjungi seorang saudara, ibubapanya sibuk mempelawa kami menginap,kami tolak dengan baik,tiba-tiba kami dengan di belakang suara “Nasib baik dia tak nak kan,leceh betulah abah tu,semua orang datang suruh tidurkita kene pindah bilik” dan kejadian lain si suami bersungguh mempelawa,sehingga kami terpaksa menerima,tetapi ruparupanya isterinya tidak senang hati, Air teh yang di hidangkan tawar,bila suami menegur jawapannya”stok gula dah habis awak ta beli” Kesian Suami Makbonda menahan malu,kerana itu saudara sebelahnya,tapi Makbonda maafkan dia kurang ilmu dan menjadi iktibar dan kami mendoakan limpahkanlah taufik dan hidayah ke atas keluarga ini. Perkara ini juga yang selalu makbonda tekankan pada anak-anak. Yang baik jadikan teladan,yang tidak jadikan sempadan..

Makbonda juga sangat terharu sesorang yang kami kunjungi sanggup menunggu kami di simpang jalan dalam keadaan hujan lebat kerana takut kami sesat,kerana itu pertama kali kami berkunjung,dan balik dia hantar kami sampai jalan besar.kesungguhanya itu melambangkan gembiranya dia menerima kami,semetinyalah kami mendooakan kerahmatan kepada insan ini..

Suka di kunjung,tapi kita suka tak mengunjungi?lebih soleh kalau tukar pada ziarah,itu adalah tanggung jawab, juga ada adabnya, antaranya bawa buah tangan untukmenggembirakan mereka,buahtangan tu pula kenelah sesuai dengan isi rumah yang kita kunjungi. Kerumah warga emas janganlah bawa kerepek atau spegheti,itu bukan budaya mereka, atau punya anak-anak remaja modern kita datang bawak ikan pekasam atau wadi’ nanti kalau dengar ayat “apa benda ni” “ macamana nak makan”, “yeak” janganlah terasa hati, dah kita yang tidak bijaksana.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).

Ditanyakan kepada Al Imam Auza'iy, "apakah yang dikatakan Ikram Dhuyuf (memuliakan tetamu) itu?."

Beliau menjawab: " Manis muka dan elok bahasa (percakapan)".

Jumaat, 1 Januari 2010

Pagi jumaat 1.1.2010,yang baru gerhana bualan pada pagi tadi…….

Di kampong makbonda setiap pagi jumaat bermula 8.30pagi ada aktiviti membaca Yasin oleh kaum wanita dari rumah kerumah,selepas Yasin, tahlil,pemimpin tahlil bidan terjun sahaja dan tuan rumah akan menyediakan hidangan,semestinya makbonda hanya dapat turut serta bila cuti sekoalh sahaja,pada ketika inilah merek akan halakan pada makbonda yang tak cukup ilmu ini memimpin majlis. Yang bagusnya majlis membaca Yasin ni dapat sambutan,mencecah 40 orang atau lebih,berbanding pengajian di masjid atau balairaya paling ramai 10 yang gurunya terdiri dari guru-guru KEMAS.Antara sebabnya mungkin mereka menjadikan majlis ini satu adat,siapa tak ikut serta akan terpulau.

Satu ketika tibalah giiran di rumah jiran ustazahAzizah,semestinya beliau dijemput,dan menutup majlis dengan sedikit tazkirah,sejak itu di setiap giliran belaiu dijemput sebab beliau bertugas sekolah sessi petang, Sebelum ini penduduk tidak berani menjemputnya dalm pengajian di kampong,dengan alasan tiada tauliah,meraka tak pandang pun
latarbelakang Ijazah ustazah dari Nilampuri dan UM,sebab lagi mengapa mereka tida berani menjemputnya ialah atas larangan JKKK pada ketika itu..

Pada ketika inilah makbonda bagi perangsang pada ustazah ,ambil peluang menyampaikan ilmu,Allah dah bagi lorong,jangan di uzurkan,kalau ustazah uzur bagi orang lain pimpin dan tazkirah satu yang wajib.

Hari ini Jumaat,tiba giliran rumah ustazah,tapi beliau menjemput Ustazah Sabariah pula yang menyampaiakan tazkirah dengan tajuk Kelebihan Hari Jumaat,beliau ialah pesara guru Ferdhu Ain yang lenggok bahasanya sama dengan ibu-ibu kampung,makonda kagum dengan pengetahuan semasanya.Beliau bertanya siapa yang melihat tayangan filem tenggelamnya kapal titanic dalam tv pada malam hari Natal minggu lepas? Beliau kaitkan pula dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh.Cuba bayangkan bagaimana keaadaan penumpang di kedua-dua kapal tersebut dalam menghadapi saat-saat genting.Agaknyalah semasa kecemasan tiba-tiba ada sesaorang laungkan azan di kapal titanic tu apa terjadi, di akhiri dengan membuat kunklusi, beliau mengajak ibu-ibu supaya memilih,naik titanic yang teknologinya serba canggih atau bahtera Nabi Nuh? Alhamdulillah penyampaian ilmu yang menerojakan,dan nampak sinar di wajah ibu-ibu,peluk cium yang syahdu di pembubaran majlis, “Esok-esok datang lagi ye ustazah.”

Moral cerita salah satu supaya kerja-kerja da’i menjadi mudah ialah dengan menyerapkan diri dalam adat satu-satu masyarakat ,apabila mereka sudah menerima,mudah kerja-kerja penyebaran ilmu.

Sebenarnya ada cerita kekecewaan dari makbonda,seawal pagi makbonda bersiap,pergi naik motosikal,dengan niat nak bonceng Nenak Syitah sebab dia sakit kaki,rumah ustazah ni jauh sikit,rupanya nenek Syitahk dah pergi naik basikal,mereka dah berkumpul Makcik Nap,Makcik Mis dan Makcik timah,dengan basikal tua masing-masing,bila makbonda pelawa salah seorang membonceng motosikal masing menolak atas rasa setiakawan mereka,tapi nasib baik lalu rumah kak Pah,anak dia baru nak hantar,jadi dapatlah juga makbonda pelanggan.Benarlah di akhir zaman nanti ,sukar nak berkebajikan..

Catatan Popular