DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 10 Mei 2011

Proses P&P

"Saya tidak suka sekolah di Malaysia saya suka di UK."
"kenapa?"
"Saya bosan,di Malaysia banyak sangat exam di UK banyak main" kata Mohamad Abdul,budak 8 tahun anak saudara saya pada kakak Sepupunya

Sebagai seorang guru ,dan kakak sepupunya yang bakal guru,kami  agak terpukul dengan kenyataan anak buah saya yang baru dua tahun pulang dari UK setelah 5 tahun mengikuti ayahnya menamatkan PHD di sana. Dia adalah jenis kanak-kanak telus dan mulus,bukan jenis-jenis yang berlagak-lagak dan lupa asal usul. Dia bercakap berdasarkan apa yang dia rasa bukan dipengaruhi mana-mana pihak. Ibu bapanya seorang yang sangat menjaga soal akhlak.

Adakah anak-anak yang dihadapan saya juga ada yang berimplisit begitu?Cuma yang agak bernasib baik mereka tidak pernah keluar dari kepompong,tidak berkesempatan membuat perbandingan. Paling-paling bila bosan dia akan berat untuk ke sekolah,atau membena helah diri sebab ibubapa pun tidak mahu mereka tinggal dirumah.Samada atas kesedaran kepentingan belajar atau kerana tidak ada yang mengawasi di rumah.



Saya perlu mengambil gambar mereka kerana semua kemahiran proses sains perlu di rekod untuk dinilai dan dimasukan dalam slip keputusan UPSR  guru perlu mengisi borang PEKA.(Penilaian Kerja Amali)Nanti ditahun 6 akan datang pentaksir dari Lembaga Peperiksaan memantau kesahan markah yang diberikan guru.Jadi gambar adalah sebagai bukti.

Topik kali ini ialah Heat. Dengan hypothesis "when the water loses heat,it cools down. When it gains heat it becomes warmer". Aktiviti yang biasa-biasa,hari-hari dilakukan di dapur. Tapi pengetahuan mereka berkisar menjerang air hingga mendidih,bila di biarkan akan menjadi sejuk. Zaman sekolah dulu saya tidak merasa menjalankan experiment,yang buat ialah cikgu dan kami menonton. Bahaya kata cikgu nanti radas rosak. Yang penting kita dapat menjawab kertas peperiksaan dan dapat kredit dalam sains. Apabila saya telah menjadi cikgu,timbul rasa bersalah jika pelajar hanya menonton guru menjalankan eksperimen seperti menonton siaran TV.

Sesungguhnya banyak cabarannya bila mahu menjalankan experimen dalam makmal sains,tambahan lagi melibatkan radas-radas yang mudah pecah dan merbahaya.Kemahiran control class memang perlu. Silap-silap diserang ibubapa bila berlaku kemalangan. Paling mencabar . Sebelum ini telah beberapa kali saya mengalami peristiwa sebegitu. Mereka ialah pelajar tahun 5 yang sedang mula membentuk identiti diri,tapi masih dalam identiti kanak-kanak,yang dalam membentuk pemikiran logik, Terdapat pelajar yang terlebih aktif,yang tidak series dalam kehidupan,nalurinya sentiasa mahu bermain dan semua mahu disentuh dan dicuba. Amaran demi amaran keluar bagai hujan dari mulut guru,bukan ada pembantu makmal yang membantu. Mereka perlu buat sendiri dari menggunakan kaki retot untuk memegang termometer,menyusun radas,menyalakan penunu bunsen dan sebagainya, Mereka juga perlu membaca bacaan di termometer dan merekod.Tapi di kahir experiment mereka puas.Mereka telah membuat conclution sendiri dari keputusan yang mereka perolihi,bukan sekadar cikgu yang beri dan mereka menghafal.  Cikgu juga perlu memberi ganjaran dengan memuji mereka atas disiplin yang baik sepanjang aktiviti berjalan,lalu dijanjikan eksperiman seterusnya.

Diantara mereka nanti akan muncullah saintis-saintis yang bakal memakmurkan dunia,Insyaallah.

Mudah-mudahan mereka tidak bosan seperti Mohamad Abdul.

Hujing minggu lepas saya menghadiri satu majlis kenduri,saya terjumpa ibu kepada budak yang baju putih yang membelakangi kamera di atas.
"Cikgu,kalau F**** nakal marah ye,saya tahu dia nakal"
"Biasalah budak-budak" tapi sebenarnya nama dia memang popular,sentiasa meniti di bibir gugu-guru terutama guru disiplin dan GPK HEM.
"Cikgu tahu,hari tu dia minta belikan jam,dia kata Cikgu makbonda tak ada jam,tu sebab selalu keluar lambat,Saya kata kenapa tak suka ke?,dia jawab suka je,dia selalu buat experiment,tapi kesian nanti kalau lambat dia tak sempat masak. Betuah betul budak tu cikgu"

Tak dapat saya nak menahan ketawa,tapi masa dalam kelas dialah paling aktif. Tidak menimbulkan masaalah semasa mengendalikan radas-radas,sehingga mencuci dan menyimpannya,tidak nampak gelisah bila saya terlebih masa.Pengalaman saya sendiri bila guru atau pensyarah atau penceramah lebih masa kami akan tutup fail atau membuat sesuatu tingkah laku yang menarik perhatian agar insan dihadapan itu menyedari akan masa yang tamat.

9 ulasan:

  1. Itu pun, Abdul bersekolah di sekolah swasta sekarang...Kalau bersekolah biasa, macam manalah komen dia ya agaknya!


    ***Mak yang ini pula sedang berdelima dengan anak sulungnya yang bertegas mahu ke bidang guaman, sedang maknya berharap di jadi cikgu! Huhu...

    BalasPadam
  2. ckLah,itulah pasal,meludah ke langit jatuh kat batang hidung sendiri.

    Ibubapa sekadar memegang tali layang-layang,membiarkan layang-layang terbang tinggi,dan menarik-nariknya jika melampau batas. jika jatuh di rawat dan ditampal serta di upgradekan.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    Makbonda, sebagai guru saya juga kekadang kepenatan nak buat pelbagai tugas. Bukan penat mengajar tetapi penat mengejar kerja-kerja dokumentasi dan selainnya-nampak remeh temeh tetapi amat mengganggu tugas utama kita.

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam Ros,
    Begitulah fenomenanya yang berlaku di dunia perguruan masakini di tempat kita.Semakin banyak jawatan di wujudkan,semakin banyak perancangan dibina,masing-masing mahu apa yang dirancang dilaksanakan.Kadang-kadang seolah-olah tugas mengajar sudah dipinggirkan. Berbeza dengan guru dahulu,tugas mengajar menjadi pokok.Masa itu belum ujud banyak jawatan di pihak atasan.

    Walaubagaimanapun kita tidak boleh mengubah arus angin,yang kita boleh adalah mengubah kemudi kapal,menyesuaikan dengan arah angin.

    Bila kita niatkan tugas kerana Allah,maka ianya bertukar menjadi ibadat.

    Wallahuaalam.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum MakBonda..

    Cukup ngeri bila memikirkan anak2 yang tidak mahu ke sekolah atas alasan itu ini begitu begini.. (nak pulak skrg ni, mak bapak yg menyumbang sama utk 'proses ponteng' sekolah anak..)

    mak tiny dulu sgt tegas tetang kehadiran.. kalau tak betul2 NAZAK SAKIT, jgn harap NAK PONTENG!.. Catatan 'kedatangan' dalam sijil berhenti sekolah tingkatan 5 1994 ~ 193/196...
    ... tapi skrg, tiny sendiri kerap 'memontengkan' anak atas alasan 'Dah buat booking, sbb si abahnya/ibunya baru dpt cuti!!!'.. huwaaaaa!!!...
    (NO MORE NO MORE NO MORE for next year onwards, when she already in standard 1.. huhuhuhu)..


    To cklah ~ kehkehkeh.. relaxlah...
    Amik Law, merata cabang arah boleh pergi, amik TESL, satu arah je halanya... (tinta kata daripada pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UiTM Shah Alam ~ 2001).. hahahaha....

    *AMPPUUUUNNNN.... 10000 apologies cklah yer.. utk ini, I am not with U.. kuikuikui....

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Tiny,

    Memang zaman kita dulu jangan harap nak ponteng-ponteng,kita pun suka di sekolah sebab di sekolah punya pasarana yang lebih,sedangkan sekarang dirumah lebih selamat dan cukup apa yang kita mahu. Anak-anak makbonda ada juga kadang-kadang merengek tak mahu sekolah padahal ibunya pergi sekolah.

    Tapi walaupun ponteng dapat backup benda yang lebih advance apa salahnya kan?Bercuti sambil bawa buku,ayah ibu boleh bimbing.Walaupun kedatangan penuh tapi tak dapat apa-apa tak guna juga.

    CkLah sila dengar pandangan orang undang2 ni,kena buka mata dan mindamu.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.....
    Saya nak minta izin ambil gambar murid jalankan amali untuk blog saya. Nak ambil kat sekolah, tak sempat. Murid pun dah cuti. Ribuan terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      Silakan,ini adalah situasi dalam kelas tahun lima dalam

      Theme:To investigate force and energy.
      unit:State of matter.
      Lesson Objective:Understanding that matter can change from one state to another.

      Pelajar sedang membaca termometer,risikonya amat tinggi,setiap tahun akan ada satu termometer yang pecah.Tapi tak apa kan,biar rosak diguna dari rosak dalam simpanan. terimakasih sudi berkunjung.

      Padam
    2. Betul tu. Tahun lepas saya berhadapan dengan situasi yang sama. Tahun ni saya mengajar tahun 4. Sama-sama kasih

      Padam

Catatan Popular