DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

ASAL USUL

Saya menyahut cabaran Bonda Ngasobah untuk menulis sejarah perhijrahan nenek saya dari Pulau Jawa ke Malaya pada awal abad ke 20 dahulu.Walaubagaimanapun pencertitaannya tidaklah setanding kerja sejarawan yang lengkap dengan tarik dan masa yang tepat.Hanya dari mulut ke mulut sahaja.Hanyalah dari pengetahuan saya yang kerdil ini.

MulA-mula dari sebelah Emak.Menurut emak, Embah Wedok(prempuan)(nenek sebelah emak) berasal dari tempat namanya Kori,tapi bila saya gogle,saya belum jumpapun tempat yang dimaksudkan.Namanya Hajjah Khotun. Beliau lahir pada 1900. Asalnya keluarganya agak berada juga,tetapi tanahnya telah diambil oleh pemerintah untuk pembangunan.Untuk menampung anak-anak seramai 14 orang tentu agak sukar. Jadi anak-anak cepat dikahwinkannya termasuk embah yang ketika itu berusia 11 tahu. Embah tidak rela,bila malam dia lari balik rumah,tetapi emaknya mengunci pintu.

Sebelum ini salah seorang abang iparnya telah merantau ke Malaya. Setelah mempunyai tapak yang baik dia mahu menjemput isterinya mengikutinya.Embah mengambil peluang untuk mengikuti  kakaknya. Dia menjual 2 ekor lembu hasil pajakannya untuk bekalan. Seusia 12 tahun embah berhijrah ke Malaya bersama beberapa kumpulan sanak saudara. Mereka semua  telah menjualkan harta-hartanya  untuk mencari tempat baru. Perjalanan mereka  diuruskan oleh Syarikat Syeikh yang berpengkalan di  ke Singapura.Seterusnya meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam,iaitu tempat yang telah dirintis oleh beberapa orang saudara mereka termasuk abang ipar Embah.

Embah Lanang(lelaki) (datuk sebelah emak) Berhijarah ke Malaya lebih awal,Namanya  Haji Sidik,asalnya Madiun.Tidak berapa diceritakan sebab-sebab berpindah. Kumpulan mereka  turun di Teluk Anson(Teluk Intan kini). Embah membuka tanah di Hilir Perak dan menunaikan Haji,sepulangnya ke Malaya aruah berkahwin dengan ibu tunggal beranak satu.Beliau tidak tahan dengan perangai anak tirinya dan isterinya yang suka melawan dan terlalu membela anaknya,lalu diceraikan dan ditinggalkan ditanah yang diterokainya,lalu membuka tanah baru di Sabak bernam dan bertemu Jodoh dengan Embah saya.Saya tidak sempat bertemunya kerana Allahyarham meninggal ketika emak berusia 14tahun. Embah wedok saya pula meninggal ketika saya telah punya empat orang anak ketika itu usianya lebih dari 90tahun. Antara yang saya kagum dengan Embah wedok saya ini  sehingga akhir hayatnya beliau tidak nyanyuk,apabila kita menziarahinya sentiasa memberi nasihat, jika lelaki;
 "Berbuat baik pada emak,bapak,isteri anak,anak,jangan sia-siakakan anak istri,itu amanah,jangan mewah-mewah kan anak isteri,ajar berjimat"
Yang cucu perempuan "Taat kat suami,hormat emak mertua,jaga anak-anak,jangan bebankan suami,jimat-jimat" Disaat akhir hayatnya beliau sudah tidak dapat mengeluarkan suara dengan jelas,tetapi masih lagi cuba memberi nasihat seperti diatas. Pakcik saya kata beliau tidak nyanyuk kerana atas ketaatanya pada suami,sepanjang bersama suami Pakcik saya tidak pernah melihat Aruah mengeluarkan bahasa kasar atau membantah pada suami.

Embah sebelah bapa pula lahir di  Sri Ladang,Rengit.Namanya Hajah Hindun bt Affandi. Bapanya seorang guru tarikat yang berulang-alik antara Rengit dan Semukut, Sumatra. Beliau  membuka pusat tawajjuh di Sri Ladang Rengit dan juga Semukut.Setiap Bulan Muharram beliau akan mengadakan perhimpunan untuk bertawajjuh. Sampai kini pondok di Semukut masih bergerak aktif,dan pondoknya diwariskan kepada anak-anaknya(adik embah). Embah lanang saya pula namanya Haji Bawok @Hj Solih, dari Purworejo,dan kurang diketahui sejarah silamnya.Saya tidak sempat bertanyanya.Saya bertemunya hanya beberapa kali sahaja sepanjang hayatnya,kerana kami tinggal jauh,beliau di Rengit dan kami di Perak. Kenapa di Perak? Boleh rujuk pada post saya kisah Bapak siri 1 hingga siri 20. Beliau meninggal dunia ketika saya berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun saya pernah bermanja denganya,ketika berusia 4 tahun,pada ketika itu kami mahu melihat kapal korek yang sedang menyangkul taliair di belakang tanah Embah. Beliau membuat tawaran kepada saya
"Simah nak jalan ke nak dokong" Saya memilih meminta dokong,dan beliau mendokong saya di belakang ,tidak dapatlah membayangkan betapa beratnya dokongan itu sebab ketika itu saya seorang kanak-kanak yang tembam.Walaubagaimanapun saya pasti beliau puas,sebab kami amat jarang bertemu.Embah wedok saya amat menjaga agama,masa luangnya tidak lekang dengan Al Quran,beliau paling tidak suka diambil gambar,tidak suka orang bermini skirt dan berseluar ketat dan amat sukar mengajaknya makan diluar.Malu katanya.
Bila saya memujuknya "Alah Mbah,ngapa malu,bukan orang kenal kita pun,orang lain pun nak makan juga,tak peduli kat kita pun"
Jawabnya "Aku tak malu dengan orang,aku malu dengan Allah" Saya terdiam.Yang saya lihat setiap aktivitinya sentaiasa berselawat.Bila beliau memandikan bayi atau anak kecil lidahnya sentiasa berselawat dan membaca doa dalam bahasa jawa. yang bermaksud lebih kurang



"Ya Allah,berikan kesihatannya,hilangkan penyakitnya,jauhilah dari ganggun syaitan" 
Beliau sangat pandai menjahit baju kurung jahit sembat,bukan baju kurang namanya kalau tidak disembat. Saya sempat diwariskan kemahirannya ketika saya menggu keputusan SPM,pada ketika itu saya tinggal bersamanya. Aruah juga tidak suka orang berkain johor yang siap dizip,Mesti susun dan ikat dengan tali pinggang supaya perut tidak menggeleber. Dalam perkara ini saya tidak dapat memenuhi kehendaknya. Tetapi semasa saya menghadiri majlis konvokesyen anak sulung di UTM 2009,saya telah bertemu dengan seorang wanita yang masih memakai kain susun dan ikat dengan talipinggang di bilik persalinan dalam masjid UTM.Menurutnya beliau dari  Benut.Tetapi kami tidak sempat berkenalan kerana majlis akan berlangsung.Yang sempat saya tahu beliau adalah lepasan UTM juga.

Di sebelah emah saya,ada seorang pakcik yang kerap menjejaki saudara mara di Daerah Ponorogo sana.Bagi jenerasi saya setakat ini belum ada,sedangkan saudara-mara di sini sahaja kami hampir hilang hubungan apa algilah yang di sana.Bagi sebelah bapak,dulu Pak Long yang tinggal di Tenang itu rajin berhubung dengan saudara mara di Semukut,tetapi kini beliau telah pulang ke rohmatullah,nampaknya tiada siapa yang meneruskan usahanya.

Di bawah ini adalah foto yang sempat saya ambil dari wall FB adik-adik saya.
 


Hajah Khotun,embah sebelah emak saya,beberapa tahun sebelum pulang ke Rahmatullah.

Haji Bawok @ Hj Solih, Bapa kepada Bapak saya. Diambil tahun 1967 untuk pasport Haji.

Ini hasil kerea

Ini hasil kereativiti adik-adik saya. Walaubagaimanapun setelah menguploadkan foto ini,kami dapat bertemu dengan ramai sepupu sepapat kami selama ini jarang dan ada yang tidak pernah ketemu.


"Wahai Allah, ampunilah Dosaku,dosa kedua ibubapaku,dosa Embah-embahku juga semua umat muslimin dan muslimat, naikkanlah darjat kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan kami yang masih hidup atau mati. Ampunilah  kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur bagi kami dan berikanlah cahaya didalamnya."

6 ulasan:

  1. Terima kasih atas ceritanya Kak..

    Kori tu di Sawoo, Ponorogo, Jawa Timur..

    http://wikimapia.org/#lat=-7.9697113&lon=111.5562486&z=14&l=0&m=h

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini setakat yang kakak tahulah Mil.Kalau dirujuk pada Lek Ngi mungkin lebih banyak info,sebab beliau yang kerap ke sana.

      Kakak pun dah jumpa tempat tu,ikut kata Aruah Embah,di hadapan rumahnya ada kali yang airnya mengalir deras macam waterfall,dan sawah padinya berteres.Itu 112 tahun dahulu.Kalau Kamu ada ruang dan peluang ke sana,cubalah jejaki.

      Emak dan Bapak pernah pergi ke Semukut,dibawa oleh Aruah Pak Long.Aruah dah tak ada,siapalah yang akan menyambung.

      Padam
  2. Salam Simah. Bagus catatan ini. Masih banyak fakta yang dapat disimpan dan diwariskan pada anak-anak semoga mereka mengerti erti kehidupan yang mereka warisi sekarang. Fakta yang saya selalu kata pada anak-anak dan anak-anak buah saya ialah semangat berani mencuba dan semangat berani menghadapai ketidakpastian didalam sesuatu hal. Dengan lain perkataan, mereka dahulu berani mengambil risiko demi memperbaiki kehidupan. Sikap berihktiar dan bertawakal amat tinggi pada pandangan saya. Malangnya generasi sekarang ramai yang suka ambil jalan mudah sahaja. Tidak mahu mencabar daya ketahanan diri dan banyak bergantung pada pertolongan orang lain.

    Semasa saya bekerja dahulu di Jabatan Perdana Menteri, satu kajian dibuat mengenai masaalah membangunkan peneroka-peneroka FELDA dan Didapati ketika itu kawasan yang ramai peneroka berketurunan JAWA, projeknya berjaya berbanding yang lain. Maka ketika itu mereka mengaambil banyak peserta yang berketurunan JAWA sebagai pendorong utama bagi yang lainnya. Kata pihak pengurusan, JAWA rajin kerja. Alhamdulilah.

    Sebenarnya orang lain pun boleh bersifat rajin jika diberi galakan semangat erti "survival'. Amerika Syarikat pun menjadi maju kerana dibangunkan oleh pihak pendatang dari benua Eropa. Itu antara faktanya...survival. Kaum Cina di Malaysia pun begitu. Kita seharusnya lebih baik dari itu kerana latararbelakang pegangan Islam terus dipraktikan. Kalau kita mewah dan kemudian lupa kesusahan yang dahulu dilalui oleh orang-orang yang dahulu maka kita akan kecundang. Lihat sahaja beberapa negara di Eropa yang sudah bangkrupt. Salah-salah hemat US pun akan kecundang. Bunga-bunga ke arah itu sudah nampak. Pasti yang naik adalah mereka yang berpegang pada Islam. Itu saya amat yakin. Tetapi rasanya umur saya tidak akan sampiai kesitu.

    Tidak mengapa, asalkan sahaja kita menjadi sebahagian dari mereka yang memperjuangkan kebenaran Islam dengan cara yang terbaik yang mereka mampu lakukan. Di Timur Tengah proses pembersihan sudah berjalan. Semoga akan lahir suatu force seperti yang diketuai oleh Al Fatih di Constantinople dan Salahudin Al Ayubi di Palestine dikalang kita nanti. Setiap detik waktu harus kita fokus ke situ. Allah maha melihat dan maha mengetahui isi hati. Kita cuba dan kita berpegang teguh pada erti sujud pada Allah. Sebenarnya tak kira keturunan Jawa atau keturunan XYZ. Islam adalah untuk semua.

    Semoga Allah menurunakan pertolongan pada semua kita yang mahu mendokong Islam dan membina pasaknya di muka bumi ini, dengan kehendak dan Rahmat Allah semata-mata. Kita usaha dan kita doa. Semoga kita redha dengan Allah dan Allah meredhai kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Bonda Ngasobah yang dirahmati Allah.

      Itulah,seperti menjadi syarat pula untuk berjaya,bila ada tekanan barulah tinggi peningkatan hidup.Saya ada terbaca satu artikal oleh Khazin bin Tamrin,mengenai kedatangan Komuniti orang Jawa ke Malaya.British sendiri amat menghargai sikap Masyarakat Jawa ini. Fungsinya dalam pembangunan negara amat tinggi.Itulah kehibatan orang berhijrah.

      Cuma saya agak risau dengan generasi selepas saya yang sudah hilang identiti datuk moyang mereka.

      Mengenai perkembagan di Timur tengah juga saya sangat yakin dengan janji Allah,tetapi proses untuk kejayaan itu memanglah perit.Bukan sahaja titikan tapi lempahan darah yang telah tumpah,semoga mereka mendapat kemenangannya di kehidupan selepas ini.Peranan kita berdoa dan berinfak dari kejauhan.Sambil itu turut mempromosi pada masyarakat sekeliling,sebab ada yang tidak peduli pada perkembangan ini.

      Komen Bonda Ngasobah juga berjaya menyuntik jiwa saya.Alhamdulillah.

      Padam
  3. Assalamu'alaikum Makbonda Hasimah

    Alhamdulillah Makbonda dapat mencatatkan sejarah susur galur keluaraga ini buat renungan generasi Makbonda. Kak Werdah pula tak dapat nak kaji secara detail bagaimana datuk nenek yang dikhabarkan berasal daripada Fattani, Siam. Boleh dikatakan seluruh penduduk kampong kami asalnya daripada satu keturunan. Itulah yang dikhabarkan. Kak tak dapat detail kerana pemergian arwah ayah, kak berumur setahun lebih dan mak pula semasa berumur 15 tahun. Juga tak sempat bertemu datuk dan nenek kerana mereka pergi awal. Jadi dengan kekalutan fikiran pada masa itu tak pernah terfikir untuk bertanya tentang penghijrahan moyang-moyang terdahulu. Kemudian bila berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur jarang-jarang pula balik dan sumber untuk diselidikpun dah banyak yang pergi tak dapatlah mengetahui susur galur itu. Kadang-kadang anak-anak menantu bertanya juga akan hal itu, jadi tak dapatlah menerangkannya.

    Syukur sangat kan kerana Makbonda dilahirkan di kalangan orang-orang yang kuat agama. Bila Makbonda sebut tentang Embah Wedok, kak teringat arwah makcik iaitu adik kepada bapa kak, dia pantang sangat jika lihat kami yang pakai baju gaun terus disuruh tukar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kekanda Werdah.

      Alhamdulillah,walaupun hanya setaraf cerita dongeng atau cerita rakyat namun masih boleh dijadikan panduan kan Kak Wardah.Saya kagum juga ada setengah keluarga yang berjaya menyimpan carta keturunanya dari beberapa generasi.Pendek kata kalau di selusuri susur galur penduduk Malaysia kebanyakannya ialah hasil penghijrahan dari negeri sekeliling,memang itulah fitrah yang tertulis,penyebaran umat di dunia ini sejak Nabi Nuh lagi.

      Dari sumber Pakcik kepada Embah Wedok saya beliau adalah dari keturunan Kesultanan Solo,tapi tak pernah diceritakan dari mulutnya kecuali dari orang lain,bermakna Aruah sendiri tidak berapa mahu mengetengahkan asal usulnya.

      Padam

Catatan Popular