DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 29 Mac 2016

Daun kering yang gugur.

Saya ada emak saudara yang semasa kecil dulu saya rasa beliau seorang yang sangat cantik. bila saya dewasa saya perhati wajah beliau setiap sudut. Sebenarnya wajahnya biasa biasa sahaja bukanlah cantik sangat. Mata,hidung,mulut,pipi semua biasa biasa. Saya terfikir kenapa dalam pandangan saya semasa kecil dulu beliau seorang yang sangat cantik. Rupa-rupanya saya terpengaruh dengan wajah yang sering mengukir senyum dan sangat menyantuni saya.

Sememangnya makcik saya ini orangnya sangat baik,dan sentiasa mengukir senyum. Marahnya pun dalam keadaan senyum. Beliau sangat baik. kini Makcik itu telah berusia emas. Suaminya yang juga baik dengan semua orang telah meninggal. Tinggal Makcik dengan 3 orang anaknya. Beberapa tahun lepas itu anak keduanya lelaki meninggal dalam usia muda,telah berkahwin dan punya seorang anak. Dengan tiba-tiba arwah didapati mengalami kerosakan buah pinggang dan sempat menjalani dialysis yang pertama,kemudian menghembus nafas terakhir.

Sekarang anak lelaki bungsunya pula, belum kahwin. Mempunyai kadar kencing manis yang tinggi. Satu rawatan kesatu rawatan terpaksa di hadapinya. Paling terkini betisnya bernanah,pada mulanya beliau bertahan namun akhirnya terpaksa mengalah bila tidak dapat menanggung kesakitan. Semasa ziarah makcik rasa sangat down,lebih-lebih lagi bila anaknya itu yang selama ini kuat berkata pada Makcik

"Emak kenapa saya ni sakit aje tak baik-baik,dari satu kesatu masaalah, Saya banyak sangat ke dosa sampai Allah bagi sakit macam ni"

Saya rasa tersentuh dengar cerita Makcik. Saya tidak pernah mengalami apa yang mereka rasa,kalau mengelami adakah saya juga akan berperasangka begitu?

Cuma saya katakan dapat katakan pada makcik

"Makcik nanti kalau dia kata lagi macam tu,makcik katalah bukan sebab orang tu banyak dosa Allah bagi sakit. Orang tak ada dosa pun sakit macam Nabi Ayob,sampai isterinya pun lari,padahal beliau Nabi yang tak ada dosa. Bukan tanda Allah tak sayang,sebenarnya orang sakitlah yang Allah lebih sayang. Bila sakit dihapus dosa selagi dia sabar. Orang sihat selalu lupa Allah,jarang bersyukur,leka dengan kesihatan yang dimiliki. Nanti kata kat dia masa sakit jangan ingat lain,ingat Allah je"

Makcik menjawab "Nanti kamu masuk melawat dia cuba kata macam tu kat dia ya"

Beliau di letakan di wad icu. Pelawat kena bergilir masuk menggunakan 2 pass. Terkedu saya,beliau masih di pakaikan masker oksigen. Pagi tadi baru opration. Jadi sepupu saya itu tidak boleh berkata-kata tapi matanya menunjukan beliau menyambut kedatangan saya. Saya menguatkan semangat diri menahan emosi untuk berkata-kata beberapa patah padanya.

"Dik kita dapat sakit ni bukan kerana Allah tak suka kita malah Allah sayang sangat kat kita. Masa sakit Adik ingat Allah kan.ingat dosa kan,tapi masa sihat kita buat macam-macam jarang ingat dosa. Allah nak adik duduk sini rehat tak payah buat macam macam kat luar. Masa Adik sakit insyaAllah dosa kita semua terampun ada hadis yang kata bila kita sakit dosa dosa kita gugur macam daun kering,jadi sangka baik dengan allah ye Dik."

Dia menganggokan kepala dan kelihatan air matanya mengalir ke pipi.

Saya masih berdoa untuk kesembuhannya.


Bacaan Doa Menyembuhkan Penyakitt

 ” Ya Allah, Tuhan manusiia, lenyapkanlah segalla penyakit, sembuhkanlah, Engkau Tuhan yg menyembuhkan, tiada kesembuhan kecualli kesembuhan-mu, yaitu kesembuhan yg tidak meninggalkan suatu penyakitpun ( HR. Bukhari dan Muslim)”..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular