DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 29 November 2017

PELAJARAN 21.0 Jumlah (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)

21.1 Apakah dia Jumlah?
Jumlah ialah ayat lengkap (complete sentence). Ayat lengkap di dalam Bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis :
1. Jumlah Ismiyyah*
2. Jumlah Fi'liyyah*
Jumlah Ismiyyah ialah ayat yang dimulai oleh Isim, manakala Jumlah Fi'liyyah ialah ayat yag dimulai oleh Fi'il.
Contoh Jumlah Ismiyyah (الْكِتَابُ جَدِيْدٌ) = "Buku itu baharu".
Contoh Jumlah Fi'liyyah (جَلَسَ زَيْدٌ) = "Zaid telah duduk".
21.2 Apakah komponen utama Jumlah Ismiyyah?
Jumlah Ismiyyah mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan. Perkataan pertama atau komponen pertama dipanggil Mubtadak* (Subjek). Komponen kedua pula dipanggil Khabar* (Predikat).
Khabar menceritakan tentang Mubtadak. Mubtadak kebiasaannya adalah Makrifah.
Manakala Khabar yang terdiri daripada Isim kebiasaannya adalah Nakirah. Dan Khabar tersebut mestilah bersamaan dengan Mubtadak dari segi Jantina dan Bilangan.
Contoh1 : (خَالِدٌ حَكِـيْمٌ) = "Khalid (ialah seorang) yang bijaksana" atau "Khalid (is) a wise man".
Contoh2 : (الْمَسْجِدُ كَبِيْرٌ) = "Masjid itu besar" atau "The masjid (is) big".
Contoh3 : (الْغُرْفَةُ نَظِيْفَةٌ) = "Bilik itu bersih" atau "The room (is) clean".
Mubatadak (خَالِدٌ) dan (الْمَسْجِدُ) dan (الْغُرْفَةُ) adalah Makrifah.
Khabar (حَكِـيْمٌ) dan (كَبِيْرٌ) dan (نَظِيْفَةٌ) adalah Nakirah.
Perhatikan bahawa dalam Contoh3, Mubtadak dan Khabar adalah Isim Muannats.
21.3 Bagaimanakah keadaan I'rab Mubtadak dan Khabar?
Mubtadak dan Khabar mesti Marfu' (lihat contoh di atas).
Melainkan jenis Khabar yang tertentu tidak semestinya Marfu'. Ini akan dibincangkan di dalam bab-bab yang akan datang.
21.4 Apakah komponen utama Jumlah Fi'liyyah?
Jumlah Fi'liyyah mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya dua komponen utama iaitu Fi'il* (katakerja) dan Fa'il* (Subjek / pelaku perbuatan). Isim yang menjadi Fa'il mestilah Marfu'. Fa'il boleh Makrifah dan boleh juga Nakirah.
Contoh1 : (ذَهَبَ الرَّجُلُ) = "Lelaki itu telah pergi"
Contoh2 : (ذَهَبَ رَجُلٌ) = "Seorang lelaki telah pergi"
Jika sesuatu perbuatan itu memerlukan Objek, maka komponen ketiga Jumlah Fi'liyyah adalah Maf'ul bih (Objek). Sebagaimana yang kita telah pelajari sebelum ini Objek mestilah Mansub (Lihat 17.5 dan 19.6).
Contoh : (كَتَبَ رَجُلٌ كِتَابًا) = "Seorang lelaki telah menulis sebuah buku"
Latihan :
21.0(a) Berikut sepatutnya adalah ayat-ayat yang lengkap tetapi mengandungi beberapa kesalahan. Perbetulkan supaya menjadi ayat lengkap (الْجُمْلَةُ الْمُفِيْدَةُ), kemudian terjemahkan:
1. كِتَابُ الْمُفِيْدَةُ
2. السَّاعَةٌ الثَّامِنٌ
3. الْغُرْفَةُ ابْنَةُ النَّظِيْفُ
4. رَمَى تِلْمِيْذُ قَلَمٌ مَكْسُوْرٌ
5. شَرِبْتَ الطِّفْلُ حَلِيْبُ بَارِدٍ

No automatic alt text available.
21.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab
sebagai ayat lengkap (الْجُمْلَةُ الْمُفِيْدَةُ):
1. Masjid itu dekat dan pasar itu jauh.
2. Jam yang cantik itu murah.
3. Bilik saya bersih.
4. Baju itu kotor.
5. Saya seorang jurutera mahir.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
*Jumlah Ismiyyah (الْجُمْلَةُ الاِسْمِيَّةُ)
*Jumlah Fi'liyyah (الْجُمْلَةُ الْفِعْلِيَّةُ)
*Mubtadak (الْمُبْتَدَأُ)
*Khabar (الْخَبَرُ)
*Fi'il (الْفِعْلُ)
*Fa'il (الْفَاعِلُ)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular